Saturday, January 19, 2013

kelahiran bayi pra-matang

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.


Sebab-sebab kejadian selalunya tidak diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:
  • Pecah mentuban awal yang mana disebabkan infeksi air mentuban dan selaput mentuban.
  • Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang.
  • Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
  • Uterus dan serviks yang luar biasa.
  • Kandungan yang mempunyai komplikasi, contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
  • Kurang sokongan sosial.
  • Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
  • Jangkitan pada salur kencing.
  • Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.
  • Kecacatan semula jadi sejak lahir.
Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?

Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :
  • Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
  • Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
  • Kurangkan pemindahan janin untuk mengurangkan kandungan kembar dalam teknik kesuburan
  • Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.
Doa untuk ibu semasa mengandung
" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

No comments:

Post a Comment