Sunday, January 27, 2013

Baby dah gerak-gerak

Assalamualaikum....esok masuk 5bulan umur kandungan saya..dari last week saya dah dpt rasa baby gerak-gerak n tendang2 perut. Sangat2 seronok diberi nikmat seperti itu..Alhamdulillah ya Allah.. Tak sabar rasanya untuk bergelar seorang ibu. Papanya pula apatah lagi...4 months to go. Harapan saya semoga semuanya berjalan lancar dan yang paling penting baby sihat dan dapat membesar dengan baik. Kami suami isteri tak kisah jantina baby samada gegirl or boboy. Asalkan baby dapat dilahirkan dengan selamat, sihat tubuh badan sempurna sifat.in sha Allah..

Sunday, January 20, 2013

HoneyMoon Part 2-Trip to SingaPore

Assakamualaikum...pada christmas yang lepas, saya dan husband ke singapore a.k.a nak berhoneymoon part 2 la konon..part 1 sudeh ye seminggu pas kawen aritu..Pusing-pusing utara tanah air ke batu feringgi, bukit bendera, bukit merah..Untuk singapore ni, kami ke USS or Universal Studio Singapore n pusing-pusing bandar Singapore. Taknak Cakap Banyak, nanti melalut.So, inilah gambar-gambarnya...

 ni beratur nak beli tiket untuk ke pulau sentosa.USS terletak dekat sebuah pulau yang dikenali sebagai pulau sentosa.nak beli tiket komuter.













ni lah antara sebahagian gambar yang diambil...yang gambar last ni time p round bandar singapore.See casino yang tinggi dekat belakang tu n yang paling penting bakal ibu yang cute memakai dress hijau iteww...dah nampak baby bump kan..

Saturday, January 19, 2013

kelahiran bayi pra-matang

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.


Sebab-sebab kejadian selalunya tidak diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:
  • Pecah mentuban awal yang mana disebabkan infeksi air mentuban dan selaput mentuban.
  • Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang.
  • Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
  • Uterus dan serviks yang luar biasa.
  • Kandungan yang mempunyai komplikasi, contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
  • Kurang sokongan sosial.
  • Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
  • Jangkitan pada salur kencing.
  • Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.
  • Kecacatan semula jadi sejak lahir.
Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?

Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :
  • Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
  • Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
  • Kurangkan pemindahan janin untuk mengurangkan kandungan kembar dalam teknik kesuburan
  • Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.
Doa untuk ibu semasa mengandung
" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Monday, January 14, 2013

klinik klinik dan klinik

Assalamualaikum..rasanya tajuk entry pun dah sesuai nak menunjukkan yang saya ni sangat suka pegi klinik..huhu..suka la sangat..rasa dah nak naik menyampah pergi klinik..serius xsuka..tolongla...kenapa perlu selalu pergi klinik..sangat tidak suka bila misi-misi pelatih 2 check kita..kalau misi yang betul check xpe...em..sabar jela..esok lagi nak ekna pergi klinik..seharian..pagi nak kena pergi ambik darah for grouping cnformation.nyesal rasenye terkeluar ckapa yang time check dulu darah 0. ye ke o..rasa memang o.xtaw la kot ada yang buat silap dulu..pape pun saya xnak ambik risiko then better g check balik esok...Memang suke ambik drah ni..tangan kedada mata keatas.. then petang esok nak kena pergi jumpa doktor gigi pulak dah..HAish..macam-macam hal... whatever pun, satu jer yang saya betul-betul nak, Baby dalam perut ni sihat n xde masalah...husband dah cakap rasa xsabar nak tunggu kelahiran baby...saya apatah lagi...

comel sangat rase nak gigit je.

Saturday, January 12, 2013

Check 4 17weeks

Assalamualaikum...tdi saya pergi klinik check kndungan..macam2 masalah..hb mkin trun..:-(.brat xsure sbb pnmbang dekat klinik 2 yang biasa bukan electronic.serius rase bingung camne nak solve semua masalah ni...help me please..kalau boleh taknak ada masalah. Ni baby sulung..sayang sangat2..

Thursday, January 3, 2013

4 months already

Alhamdulillah..masuk minggu ni kandungan dah mencapai usia 16minggu or 4bulan..syukur kehadrat ilahi atas   rezeki yang kau kurniakan ini...rasa macam kejap je tup tup dah 4 bulan. Rsa macam baru semalam saya dan suami berkahwin..Alhamdulillah..begitu cepat kan Allah kurnikan rezeki buat kami..Sepanjang masuk trimester kedua ni, badan dah rasa ok.means morning sickness, muntah2 alahan bagai semua dah makin berkurang..cuma kadang-kadang kalau terlebih buat kerja rumah 2 penat la sket..normal la kan ibu mengandung...perut pun dah nampak sket walaupun kecik, tapi rasa macam ada something dalam perut ni...Nikmatnye pengalam ni kan.. Cuma berat ke xnaik2..naik pun still underweight lagi..makan tetap makan.tapi berat still macam 2. tak tahu la nape.. hope pasni berat akan bertambah..Yang paling penting moga baby membesar dengan baik even ibu kurus macam ni....

indahnya hidup ini....

Wednesday, January 2, 2013

Rendang daging mommy to be

Haha..tajuk takley bla..well..saya kan nak jadi mommy tak lama lagi..so, ambik nama la sket..pagi tadi dalam kesunyian bilik air, termenung sejenak nak masak ape hari ni untuk suami..pikir punya pikir, datang idea nak buat rendang daging alang-alang daging masih ada lagi..gambar nanti upload lain kali sebabyne xreti plak nak upload pakai ipad ni.. Ambik resepi jela ek.

Bahan-bahan
Daging
Serai
Bawang holland*
Bawang putih*
Cili kering*
Halia*
Kunyit sket
Susu cair ganti santan

Cara-cara membuatnya

Panaskan kuali, masukkan minyak n tumis bahan yang dikisar,(*) sampai naik bau, masukkan daging n serai yang telah diketuk, serai ni nak taruk lagi banyak pun ok..depends pada kemahuan masing-masing..kacau kacau n kacau sampai nampak cam berminyak, pastu masukkan susu cair. Susu cair ni pun depend pada korang samada nak kuah pekat ataupun tak n bergantung pada banyak mana daging korang masak..pastu kacau, masukkan perasa sumer2 n tggu sampai masak..n siap untuk dihidang....oyeaahhhh

lebih kurang camni la ghopenye..tp ni bukan saya punya..ni google yer..
credit to: google image